jiran-jiran masih segar berpesta di dapur.
tapi aku sudah mengantuk.
muzik masih berkumandang.
tapi mata aku sudah kuyu.
suara-suara mereka masih jelas bertutur.
tapi aku sudah tidak mampu berdiri.
di luar semakin sejuk dan salji memutih.
aku sudah berselimut.
terdengar pecahan gelas kaca.
tapi aku tidak kuasa keluar dan melihat.
biarkan mereka gembira di luar.
asalkan tiada yang cedera.
suara mereka masih bergema,masih gembira.
maka aku tahu tiada apa-apa.
mereka kanak-kanak yang masih panjang waktunya.
tapi aku,tinggal beberapa ketika.
maka aku mahu tidur sekarang..
2 comments:
Everyone's right and no one is sorry. That's the start and the end of the story.
abang!!!!
:)
Post a Comment